Cerita karut oleh Persatuan Sejarah Cawangan Kedah...
Makam Purba di Mukim Ulu Melaka, Langkawi
Makam ini terletak di Mukim Ulu Melaka, 13 km dari pekan
Kuah. Makam purba ini telah ditemui oleh Encik Ahmad bin Bulat pada bulan April 1975, semasa beliau mengorek tanah pongsu untuk dibuat tapak rumahnya. Makam ini panjangnya kira-kira 2.4 m dan menggunakan batu nisan Acheh. Berdasarkan catatan papan kenyataan di makam berkenaan adalah dipercayai makam tersebut adalah milik seorang wanita dan berkemungkinan besar makam tersebut mempunyai kaitan dengan penempatan orang Acheh di Pulau Langkawi suatu ketika dahulu.

Namun begitu daripada sumber lain pula (http://ms.wikipedia.org/wiki/Singapura_Dilanggar_Todak)
dipercayai makam tersebut adalah kubur seorang pedagang dan ulama dari
negeri Pasai bernama Tun Jana Khatib yang telah berhijrah ke Temasik
untuk memulakan kehidupan baru disamping berdagang disana. Mengikut
cerita orang Melayu Singapura, Tun Jana Khatib sangat disegani oleh
rakyat Temasik kerana sikapnya yang lemah lembut dan berbudi bahasa di
samping banyak melakukan kerja-kerja amal ke atas penduduk-penduduk
tempatan.
Beliau kemudiannya dihukum bunuh oleh Paduka Seri Maharaja, Raja Temasik kerana menunjukkan kehebatan ilmunya di hadapan permaisuri baginda. Kononnya Tun Jana Khatib sedang menilik sebatang pokok pinang lalu memegang batang pinang dengan tangannya sehingga batang tersebut terbelah dua dihadapan permaisuri. Paduka Seri Maharaja yang sedang memerhati kelakuan Tun Jana Khatib itu amat murka dan diperintahkan Tun Jana Khatib dibunuh.
Sebelum dibunuh Tun Jana Khatib telah bersumpah seperti berikut "Hai kamu semua! ketahuilah kamu semua. Aku relakan kematian ini! Tetapi raja yang zalim itu tidak akan terlepas begitu sahaja. Dia hanya membayar harga keatas kezaliman itu... Dan percayalah Singapura ini akan huru hara! akan ditimpa malapetaka yang dahsyat!".
Setelah dibunuh, mayat Tun Jana Khatib tiba-tiba telah ghaib. Orang ramai yang berhimpun ketika itu mula gempar apabila darah Tun Jana Khatib tadi telah bertukar menjadi batu. Sementara itu penduduk di Langkawi mula gempar apabila menemui sekujur mayat terbaring di tepi pantai. Mayat tersebut dipercayai adalah mayat Tun Jana Khatib yang telah ghaib setelah dibunuh di Temasik. Jenazahnya kemudian dikebumikan di sebuah tanah perkuburan yang dipanggil Makam Purba dan dari peristiwa itu terciptalah sebuah pantun sebagai mengenang kehebatan Tun Jana Khatib, iaitu
Telur Itik di Singgora,
Pandan terletak dilangkahi;
Darah titik di Singapura,
Badannya terlantar di Langkawi.
Kononnya akibat sumpahan beliau, Temasik telah dilanggar todak dan ramai rakyat Temasik akibat ditikam oleh ikan todak tersebut.

0 komentar:
Posting Komentar