Searching...


.
10 Jun 2015
14.09 0

BURUJ SARATAN



Buruj Saratan (EN: Cancer)

Kajian tahun 2004, mendapati bahawa Bulan dan Planet Musytari adalah benar-benar berada dalam kedudukan Buruj Sarathan pada hari Khamis, 28 Februari 1303M bersamaan 11 Rejab 702H, bermula terbenamnya Matahari. Fenomena serentak Bulan dan planet Musytari dalam Buruj Sarathan ini berlangsung selama dua hari, iaitu pada hari Khamis, 28 Februari (10 Rajab) dan hari Jumaat, 1 Mac 1303M (11 Rajab 702H) bilamana Bulan telah bergerak ke sempadan buruj tersebut.

Dan, malam ini adalah malam 11 Rajab 1433H. Malam ini juga adalah malam Jumaat. Kebetulan yang sama, bumi baru sahaja melalui garisan 'Ecliptus' yang mana beberapa hari lalu, Matahari, Bumi dan Bulan telah berada dalam kedudukan sejajar dan membentuk Gerhana Matahari Cincin. Dan, 29 Mei yg lalu, Bulan telah berada di hadapan kedudukan Buruj Cancer. Ertinya, InsyaALLAH jika ALLAH SWT Menghendaki, malam ini Buruj Saratan akan kelihatan di langit.

0 komentar: