Searching...


.
7 Mei 2015
12.13 0

BATALKAN GST !!!

Kami amat bersetuju dengan saranan Tun agar dibatalkan sajalah GST. Sejak mula lagi memang kami berdoa agar GST ini ditangguhkan... 

Usahakanlah dahulu atasi masalah kewangan negara dengan program penjimatan perbelanjaan, cegah ketirisan dan juga rasuah. Pemimpin dan orang-orang kaya sama-sama berpuasa dengan merhaen yang memang sedang menderita.

"... macamana nak perkenalkan satu sistem yang pegawai sendiri pun tak faham," kata Tun Dr Mahathir. 

Kenyataan ini memang tepat sekali. Pegawai masih terkial-kial untuk melaksanakan GST. Yang paling penting ialah GST juga tersangat menyusahkan rakyat, bukan sahaja pada sudut kewangan yang menekan rakyat miskin, tetapi juga menyusahkan dari segi administrative perniagaan.

Baru berapa hari sudah berbagai-bagai kesulitan timbul.. bermacam-macam trick digunakan peniaga untuk memanipulasi GST. Peniaga yang malas melayan GST pakat serap saja walaupun kos pengurusan dan pengeluaran meningkat akibat dikenakan GST oleh pembekal. Yang lemah semangat dan memang sedang dalam kesulitan dah mula tutup kedai pun. 

Lebih malang sekali apabila GST seolah-olah membuka ruang sebagai alasan untuk kenaikan harga barang. Masing-masing mencari berbagai alasan yang kita naik malas nak fikir dan nak berkelahi tentangnya. akhirnya pakat telan sajalah.

* * * * *

2:09PM - 25 Apr 2015 - 
Batalkan sajalah GST, kata Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa supaya dibatalkan sahaja cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Saya fikir batal sajalah," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 500 hadirin di sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada GST perlu diteruskan, atau disemak semula kadar 6 peratus yang dikenakan, atau dibatalkan.

"Dulu ada cukai jualan. Kalau nak tambah sikit cukai jualan, itu ok.
"Tapi nak perkenalkan satu sistem yang pegawai sendiri pun tak faham," katanya.
Beliau berkata demikian di majlis 'Bicara Negarawan: Anda Tidak Keseorangan, anjuran gabungan NGO Prihatin.

Badan masyarakat sivil dan pihak pembangkang mendakwa GST akan membebankan rakyat, dan mahu ia dimansuhkan.

Mereka mendakwa bukan masanya untuk rakyat Malaysia dikenakan cukai penggunaan, kerana kadar upah yang rendah bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang meningkat.

Bagaimanapun Mahathir, yang juga penasihat Proton, secara berseloroh berkata, kereta nasional lebih murah selepas cukai itu dilaksanakan pada 1 April.

"Harga kereta Proton telah menjadi lebih murah. Jadi, kalau nak beli kereta Proton, belilah," katanya.

0 komentar: