TIPS DIET DI BULAN RAMADHAN
Puasa itu menahan lapar dan dahaga serta segala perbuatan yang terkeji. tapi agak keji bila nafsu serakah tengok makanan di bazar ramadan tidak terkawal. Tapi lagi keji giler kalau beli makanan, makan macam esok nak mati. Akibatnya, diri sendiri termenung, lihat perut dah mula borai. Hajat nak diet tapi hampeh. Jadi, berikut adalah tips untuk diet.
1- Ramai yang menganggap bersahur itu sesuatu yang remeh tetapi hakikatnya sahur adalah sama pentingnya dengan bersarapan. Bersahur akan membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa. Jangan MISS SAHUR
2- Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit. Jangan makan dengan syaithon, penuh mulut macam mulut doreamon, sekejap je hilang makanan
3- Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih peru.
4- elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat atau kandungan kafein yang tinggi
5- Pastikan kita semua minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.
6- kita boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Contoh mudah, jalan kaki ratus tapak dalam rumah. Kan senang tu?
7- Makan buah-buah dahulu (kurma contohnya), kemudian rehat seketika, dan barulah menjamu nasi atau hidangan berat
8- Jangan tidur selepas makan
9- Di galakan untuk berjalan seketika dalam rumah selepas berbuka
10- Kaji tahap kalestrol dan obesiit diri. Elakkan makanan terlampau manis, masin dan gunakan perisa tiruan
1 komentar:
Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhật và gửi hàng đi pháp uy tín, giá rẻ
Posting Komentar