Pernah banyakkan tak telefon bimbit anda keadaannya seperti sekeping kertas tapi masih berfungsi seperti gadget anda yang biasa. Bahkan, ia lebih dari itu. Pernah bayangkan tak, suatu cermin yang mampu memaparkan display yang sama dengan komputer anda. Bahkan ianya hanya sekeping cermin yang mampu lakukan pelbagai kerja?
Percayalah, anda berada di era itu.
Ia adalah GRAPHENE, suatu metarial yang paling kukuh, kuat dan stabil dalam dunia ketika ni, bahkan 500 kali ganda lebih kuat dari berlian. Tidak percaya?
Graphene adalah koleksi GRAPHITE atau bahasa mudahnya, 'arang' yang terdapat pada mata pensil kita yang di kumpulkan, di 'nano'kan dan di 'lekap'kan sehingga ia benar-benar tumpat.
Graphite ini adalah suatu meterial yang mampu alirkan elektrik bahkan ianya boleh di ubah bentuk mengikut apa yang di kehendaki.
[ The mineral graphite /ˈɡræfaɪt/ is an allotrope of carbon. It was named by Abraham Gottlob Werner in 1789 from the Ancient Greek γράφω (graphō), "to draw/write",[4] for its use in pencils, where it is commonly called lead (not to be confused with the metallic element lead). Unlike diamond (another carbon allotrope), graphite is an electrical conductor, a semimetal.]
Graphene kita sedang di kaji dan di sebarkan hanya pada organisasi yang kaya dan kukuh sahaja. Tapi, dalam masa 5-10 tahun nanti, ia akan mengantikan segala jenis gadget, teknology yang berasaskan 'display' anda. Di situlah akan ada suatu teknologi yang mana Komputer hanya satu CERMIN semata-mata.
Cermin itulah 'motherboard', RAM, Graphic Card dan CPUnya. Ianya tidak mustahil kerana dengan material ini, segalanya semakin hampir (bahkan sudah ada).
Kita sebenarnya sedang menuju suatu era MINIMALISM. Ia adalah suatu gaya yang mementingkan RUANG yang luas. Tema MINIMALISM adalah 'lebih ruang lebih bagus'.
Syarikat APPLE adalah yang pertama aplikasikannya dalam gadget-gadgetnya dalam branding 'I'. Maka, terbitlah item seperti i-phone, i-pad, i-pod dan sebagainya. Ia adalah berkonsepkan MINIMALISM. Ini kerana kehendak manusia kian menuju kepada GREEN TECHNOLOGY, HUMAN TECHNOLOGY dan yang mementing suasana tenang dan aman. Mungkin kerana dunia pada masa kini sungguh kucar kacir, caca marba dan penuh bermasalah, maka, secara tidak langsung, manusia berkehendakkan suatu benda yang aman, tenteram dan damai dalam konsep sehariannya. Ia bukanlah hanya bersandarkan aspek ROHANI semata-mata, tapi juga pada aspek pendengaran, penglihatan, perasaan, dan sebagainya.
Salah satu syarikat lain yang boleh di ambil contoh adalah; IKEA. Kenapa ramai yang suka perabot IKEA?
Selain dari qualitinya serta harganya yang murah, ia kerana konsep MINIMALIST yang di rekanya. Ianya adalah 'peranan reka cipta dalam mengikut kehendak emosi manusia semasa yang boleh membentuk masa depan sebagaimana yang di kehendaki generasi kini kepada generasi masa depan' Selain itu, syarikat BRAUN juga boleh di ambil contoh.
SAMSUNG di exponya, telah memaparkan telepon bimbit konsep yang 100% seperti kertas tapi masih berfungsi seperti biasa. Itulah teknologi berasaskan GRAPHENE. Metarial ini boleh di nipis-tebalkan mengikut kehendak pereka. Kerana itulah teknologi paparan seperti ini mampu mengubah DUNIA, kerana hanya 1 GRAPHENE yang di campur cermin, boleh menjadi Peti television, Komputer, bahkan telefon anda. Semua ini kerana konsep MINIMALIST yang sedang mempengaruhi emosi manusia.
Masa depan bukanlah suatu keadaan yang bersepah dengan wayar atau item yang canggih tapi 'gelap'. Ia lebih kepada konsep 'hijau' dan 'simple'. Ia selaras dengan kadar pertumbuhan emosi manusia semasa.
Biarpun begitu, kedua syarikat ini masih terikat dengan monopoli KAPITALIST yang sedang memegang dunia bisnes kini. Kerana itulah FREE ENERGY / TENAGA PERCUMA tidak dapat di teruskan kerana ia akan melingkupkan monopoli KAPITALIS tersebut.
Biarpun begitu, saya andaikan bahawa MASA DEPAN kita di penuhi dengan KEHIJAUAN, konsep MINIMALIST (simple) tapi berteknologi tinggi bahkan tidak memerlukan sumber tenaga terhad seperti MINYAK, elektrik semasa dan sebagainya. Saya andaikan bahawa teknologi GRAPHENE ini sendiri mampu menjana tenaganya. Di pendekkan, satu CERMIN mampu jalankan aktiviti seperti KOMPUTER, TELEVISION, TELEFON dan sebagainya bahkan tidak perlukan tenaga dari luar kerana CERMIN itu sendiri mampu membekalkan tenaganya sendiri. BEKALAN TENAGA dari dalam untuk dalaman sebenarnya adalah konsep tenaga manusia. Ia sentiasa 'cycle'. Jadi, teknologi GRAPHENE ini perlukan satu 'jantung' untuk memulakan 'spark' aliran eletrik yang mampu menjana aktiviti seperti komputer, television dan sebagainya itu.
Apakah ianya mustahil?
Ia akan menjadi mustahil kerana kita tak pernah berfikir bahawa ia akan menjadi tidak mustahil suatu hari nanti.
Wassalam
0 komentar:
Posting Komentar