Searching...


.
23 Apr 2014
20.46 0

AKU DAN ADSENSE

Aku dah lama dalam dunia blogging ni tapi sejak beberapa tahun ni, baru datang kehendak untuk mendapat sedikit duit dalam Adsense. Dulu aku guna nuffnang. Tiap malam aku dok blog walking. Semalam, lebih dari 15 blog aku kunjung. Klik iklan yang ada pada blog yang aku lawati. Itu peristiwa sekitar 2009-2010 dulu.

Selepas graduate, aku tinggal kan sekejap dunia mendapat wang dari blog. Tapi, blog utama aku, www.nusanaga.blogspot.com tetap di update walau 2 kali sebulan.

2010 baru lah aku dapat approval dari adsense. Maka, penuh lah iklan adsense di nusanaga. Tika tu, www.tubepanas.blogspot.com belum ada lagi. Yang ada web bisneztalk.com. kononnya, nak jadi penulis review bisnez MLM yang aku masuk. Tapi, lastly, terkubur gitu je.

Tahun 2014, selepas berjaya withdraw usd100 hasil kumpul duit adsense sejak 2010, seorang blogger berkontroversi, Brado kapak msg aku. Maka, baru la aku tahu sememangnya cara aku present blog untuk mendapat duit adsense salah sama sekali. SEO kelaut, keyword entah apa-apa. Macam-macam aku kena start balik.

Apapun, aku akan cuba buat terbaik dalam penyampaian di blog. Mungkin kena stop copy paste dari blog dan orang lain. Semalam dah kena sound. Ada baik tubepanas buat style nusanaga, guna artikel sendiri. Tapi untuk tubepanas, aku masih mencari arah tujuan niche dan keyword serta tema blog ni. Siapa ada idea meh kongsi. Tq

0 komentar: