Searching...


.
23 Apr 2014
23.29 0

DILEMA MELAYU BAHAGIAN 9




DILEMA MELAYU BAHAGIAN 9

Berikut adalah sambungan dari karya TUN DR. MAHATHIR bertajuk DILEMA MELAYU:-
Silalah komen dan share, ya?!

Malaysia dan Singapura
Pyramid Club di Singapura terkenal sebagai `Kumpulan Pemikir’ di belakang Kerajaan PAP (Parti
Tindakan Rakyat). Kelab itu bukanlah seperti Rand Corporation sebab ahli-ahlinya sama sekali
bukanlah seperti para saintis bebas yang diharapkan oleh Kerajaan Amerika. Sesungguhnya ahli-ahli
Pyramid Club itu memang terlibat secara langsung dalam hal ehwal harian Pemerintah Singapura.
Walau bagaimanapun, tugas mereka adalah sama (seperti Rand Corporation). Oleh itu sudah tentulah
pula ahli-ahli kelab ini terdiri daripada elit eksekutif dan politik. Idea dan inisiatif mereka inilah yang
membentuk dan menjadikan Singapura sebagai mana keadaannya sekarang.
Dalam bulan Januari tahun 1969, saya telah diminta memberi ceramah kepada ahli-ahli Kelab ini
berkenaan dengan masa depan hubungan di antara Malaysia dan Singapura. Perjumpaan tersebut (ini
bukanlah perjumpaan rasmi atau satu forum) telah dipengerusikan oleh Encik S. Rajaratnam, Menteri
Hal Ehwal Luar Singapura. Beberapa orang Menteri dan pegawai tinggi kerajaan yang lain juga turut
hadir.
Banyaklah perkara yang berlaku sejak perjumpaan itu. Kerajaan MAGERAN yang memerintah
Malaysia sekarang telah menjadi lebih nasionalis daripada Kerajaan Perikatan, dan nampaknya
tidaklah begitu di-pengaruhi oleh hubungan khas dengan Singapura. Pada awal tahun 1970 nampaknya
hubungan antara Singapura dan Malaysia mungkin terpisah lebih jauh dan bukannya menjadi semakin
dekat.
Saya telah mengambil kesimpulan bahawa masalah percantuman semula Singapura dan Malaysia
sudah tidak lagi menjadi satu perkara yang menarik golongan intelek Singapura. Perkara ini penting
sebab inilah tanda perubahan pada sikap dan penerimaan bahawa perpisahan itu adalah suatu hakikat
dan kekal pula. Di Malaysia perpisahan ini lama sudah diterima sebagai kekal. Pada zahirnya,
sekurang-kurangnya secara agak negatif, Malaysia nampaknya bersependapat dengan Singapura.
Saya tidak nampak percantuman semula sebagai bentuk hubungan masa depan antara Singapura dan
Malaysia. Pertama saya tidak pernah menaruh minat terhadap kemasukan Singapura menjadi
sebahagian daripada Malaysia. Setelah tinggal di Singapura selama enam tahun, saya berpendapat
bahawa gabungan penduduk Singapura dan penduduk Malaysia tidaklah akan serasi. Jika percantuman
semula tidak mungkin, maka hubungan antara Singapura dan Malaysia adalah hubungan antara dua
buah negara yang berdaulat. Hubungan di antara dua buah negara yang berdaulat dipengaruhi oleh
berbagai faktor — geografi, sejarah, ideologi, asal-usul keturunan kaum dan bahasa serta juga
berbagai faktor yang lain. Dalam analisa terakhir, perkara yang penting ialah kehendak rakyat,
sebagaimana yang disuarakan oleh para pemimpin yang mereka pilih.
Cuba kita kaji sekurang-kurangnya beberapa faktor yang telah saya senaraikan itu secara sistematik.
Geografi sudah barang tentulah penting. Kita di Malaysia tidak begitu hiraukan sangat tentang apa
yang berlaku di Amerika Latin. Sebabnya nyata sekali. Perhatian kita makin bertambah jika tempat itu
semakin dekat dengan kita. Singapura, sebagai jiran yang dekat sangat menarik minat kita. Bukan
sahaja kerana dekatnya tetapi saiznya juga penting. Dari segi geografi, saiz Singapura menjadi
penentu.
Tatkala British memberitahu kita bahawa mereka ingin melepaskan peranan mereka di rantau ini
menjelang tahun 1971, Singapura berpendapat mereka akan memikul beban pertahanan mereka
sendiri. Di antara peralatan yang dibeli oleh Singapura ialah kapalterbang jet British. Jet jet ini
terbang dua kali Banda lebih pantas daripada laju bunyi — lebih kurang 22 batu seminit. Dengan lain
perkataan, jet ini hanya mengambil masa tidak sampai seminit untuk terbang melintasi Singapura.
Kelajuan ini tentulah menimbulkan beberapa masalah politik dan ketenteraan. Ini bermakna bahawa
apabila jet jet ini berlepas menuju ke kawasan utara, ia dengan serta-merta sudah berada di ruang
angkasa Malaysia sebaik sahaja ia berlepas di udara. Sekarang ruang udara tidak boleh dipermainmainkan,
apatah lagi apabila persefahaman tidak ada. Jika Malaysia yang menjadi musuh, ia tidak
akan membiarkan ruang angkasanya selalu dicerobohi oleh Singapura. Umpamakanlah Singapura
diserang oleh sebuah kuasa luar. Bom-born mungkin sekali dilancarkan tatkala kapalterbang itu masih
berada di ruang angkasa Malaysia. Ini bermakna bahawa jika sekiranya Malaysia tidak bekerjasama
maka jet Hunter ataupun peluru ber-’pandu bumi ke-udara itu hampir tidak berguna. Jadi saiz
Singapura itu sangatlah penting dalam menentukan hubungan di antara Singapura dan Malaysia.
Malahan soal saiz ini menjadi lebih penting apabila soal pertahanan bersama terlibat.
Sebahagian besar pertumbuhan dan kepentingan Singapura berpunca dari kedudukannya yang strategik
dalam hubungannya dengan Semenanjung Tanah Melayu. Singapura pernah dan masih menjadi
pelabuhan semulajadi bagi daerah pedalaman Semenanjung. Kalau seseorang itu mencari pusat
pengedar untuk keluaran Malaysia, tidak ada tempat lain yang lebih sesuai daripada Singapura.
Letaknya di persimpangan jalan laut Timur dan Barat, jalan laut Utara dan Selatan. Berdasarkan sebab
yang sama Singapura merupakan tempat yang paling sesuai dari segi ekonomi bagi kemasukan barangbarang
untuk diedarkan ke seluruh Malaysia. Akan tetapi bukanlah kedudukan Singapura itu sahaja
yang menjadikannya penting bagi Semenanjung. Tulang belakang Semenanjung yang bergunung-ganang
itu menyebabkan jalan timur-barat sangat sulit. Itulah sebabnya sistem jalan raya dan jalan keretapi
Semenanjung dibina sebelah menyebelah banjaran gunung tadi dan jalan jalan ini sudah barang tentu
akan bertemu di Singapura. Faktor-faktor geografi menyebabkan Semenanjung bergantung kepada
Singapura untuk tujuan perniagaan dan perdagangan. Pergantungan ini pula menyebabkan Singapura
mendirikan kemudahan-kemudahan kekal yang sangat banyak dengan menggaji ramai pekerja untuk
berkhidmat kepada keperluan-keperluan Malaysia. Kalau kemudahan-kemudahan ini tidak digunakan
maka ekonomi Singapura akan terjejas. Bila dipertimbangkan, maka didapati bahawa Singapura lebih
memerlukan Malaysia daripada Malaysia memerlukan Singapura. Namun, masih terdapat juga saling
bergantung di antara kedua belah pihak dan untuk sementara waktu sekurangkurangnya persahabatan di
antara kedua buah negara menguntungkan kedua-duanya.
Hubungan yang tegang dalam tahun-tahun selepas Singapura merdeka menyebabkan Malaysia
memajukan Pelabuhan Kelang (Port Swettenham) sebagai pelabuhan utama Semenanjung Malaysia.
Kalau dahulunya jalanraya dibina mengikut bentuk topografi semulajadi negara ini, tetapi sekarang
yang menjadi halangan kepada pembinaan jalanraya ialah peruntukan wang. Malaysia telahpun sibuk
membina jalanraya dari Kuala Lumpur ikut jalan paling dekat ke bandar-bandar utama di utara, timur
dan selatan. Kuala Lumpur dihubungkan dengan Selat Kelang Utara oleh Lebuhraya Persekutuan I.
Apabila sistem jalan ini siap, maka Pelabuhan Kelang akan menjadi pelabuhan yang terdekat bagi
kebanyakan kawasan utara dan timur Semenanjung. Hanya sebahagian kawasan selatan sahaja yang
dekat dengan Singapura. Bagi Malaysia, kedudukan geografi Singapura tidak akan kekal lama sebagai
faktor utama.
Jadi penggunaan Singapura sebagai pelabuhan Malaysia tidak akan bergantung kepada faktor-faktor
geografi sebaliknya bergantung kepada dasar.
Sudah tentulah Singapura akan mencari jalan dan helah agar dirinya tidak begitu bergantung kepada
Malaysia bagi pertahanannya. Nampaknya usaha mengatasi faktor saiz geografi yang terhad agak lebih
sukar daripada menyelesaikan masalahmasalah fizikal dalam pembinaan jalan.
Dari sudut sejarah, hubungan antara Tanah Melayu dan Singapura sudah diketahui umum. Singapura
menjadi milik Johor sehinggalah orang Inggeris, Sir Stamford Raffles, menabalkan Sultan barn dan
memperoleh konsesi yang diragukan. Sultan tadi diketepikan apabila kegunaannya tidak bermanfaat
lagi. Sebab utama British mengambil alih Singapura ialah kerana kelemahan negeri Johor. Tindakan
itu tidak bersangkut paut dengan undang-undang. Hakikat bahawa sekatang persamaan pelajaran dan
lain-lain. Jika perkara-perkara ini kena mengena lagi sejarah Singapura dalam Tanah Melayu. Oleh
itu tidak ada gunanya bercakap tentang hubungan sejarah kedua-dua sistem kerajaan, tentang bahasa,
pentadbiran, ten-tang persamaan pelajaran dan lain-lan. Jika perkara-perkara ini penting untuk
mempengaruhi hubungan antara negara-negara, maka tentulah yang kononnya dikatakan Negara-negara
Komanwel British itu akan menjadi barisan bersatu yang kuat. Hakikatnya ialah bahawa sejarah
dibuat oleh manusia dan manusia yang membuat sejarah itu biasanya tidak berpandukan masa lampau,
melainkan dipandu oleh yang ada kaitannya dalam masa hidup mereka. Oleh kerana itu sejarah boleh
diketepikan apabila kita membuat ramalan mengenai hubungan masa depan di antara Malaysia dan
Singapura.
Perkara yang sama tidak dapat dikatakan mengenai ideologi. Ideologi dan sistem kerajaan sekarang
memainkan peranan yang besar, sama ada merapatkan atau merenggangkan negaranegara berkenaan.
Wujudnya beberapa blok negara sebahagian besarnya disebabkan oleh ideologi dan sistem kerajaan.
Malaysia dan Singapura tidak mempunyai ideologi — ataupun dengan cara yang agak negatif dapatlah
dikatakan bahawa ideologi kedua-dua buah negara ini ialah wujud tanpa ideologi. Persamaan ini
sangatlah penting. Jika Singapura menjadi negara komunis, dan kemungkinannya menjadi negara
komunis masih belum hapus, maka Singapura akan tidak sesuai lagi dengan Malaysia. Tetapi
Singapura telah memutuskan untuk memelihara demokrasi berparlimen pada zahirnya. Singapura juga
pragmatik dalam pendekatannya terhadap berbagai masalah. Singapura juga dapat bertolak ansur.
Dalam semua perkara ini terdapat persamaan dengan Malaysia. Malaysia adalah negara demokrasi
berparlimen. Malaysia juga pragmatik dan dapat bertolak ansur.
Oleh kerana itu Malaysia dan Singapura boleh menjadi sahabat baik, rakan dalam perdagangan dan
mungkin juga sekutu dalam waktu perang dan waktu damai. Malangnya, ideologi dan sistem kerajaan
yang dapat mendekatkan negaranegara yang terpisah dari segi fizikal, hilang kesannya apabila negaranegara
tersebut begitu dekat ataupun jiran sebelah menyebelah. Faktor-faktor lain yang boleh
menyekat persefahaman bersama mengenai ideologi sering mencelah.
Di Malaysia dan Singapura, pengaruh bukan-ideologi dan persamaan sistem kerajaan diganggu oleh
faktor-faktor kaum dan personaliti yang timbul oleh sebab berhampiran. Singapura pada dasarnya
negara orang Cina mempunyai kaum-kaum minoriti, dan penduduknya mempunyai hubungan kaum
dengan penduduk di Malaysia. Sebaliknya, Malaysia adalah negara berbilang kaum dan kerana itu
Malaysia memandang Singapura, terutamanya, sebagai negara orang Cina, sedangkan Singapura pula
menuduh Malaysia sebagai negara orang Melayu.
Saya tidak akan membela pendirian Singapura ataupun pendirian Malaysia. Tetapi sikap yang diambil
oleh kedua-dua negara akibat dari kepercayaan-kepercayaan ini tidaklah menggalakkan hubungan yang
baik. Saya berkata kepada Pyramid Club bahawa Singapura, kerana sakit hati disebabkan perpisahan
yang menghinakan itu, tidak pernah melepaskan peluang untuk memperkecilkan Malaysia sebagai
negara feudal, pemboros, tidak cekap dan dikuasai oleh orang-orang yang tidak layak memerintah.
Tema ini dimainkan sepanjang masa melalui akhbar, radio dan TV dan di Semenanjung Malaysia pula
saki baki penyokong PAP masih meneruskan perbincangan yang menjadi punca perpisahan Singapura
dan Malaysia. Sebagai tindakan balas, Malaysia seperti kebiasaannya cuba menimbulkan soal
ketiadaan demokrasi tulen di Singapura, sistem satu parti yang diamalkannya dan kuasa mutlak orang
Cina di Singapura.
Selain daripada salah faham ini, terutamanya disebabkan oleh komposisi kaum, perhubungan keduadua
negara ini cukup rapat untuk para pemimpinnya kenal mengenal dengan baik. Hubungan peribadi
ini malahan lebih rapat disebabkan oleh persekutuan dahulu. Hubungan ini tentunya dapat memberikan
persefahaman yang lebih baik di antara pemimpin-pemimpin tadi, tetapi pertelingkahan kepentingan
segera menyebabkan kedua-dua pihak tidak dapat bersetuju antara satu sama lain. Pertelingkahan
kepentingan ini menjadi pertelingkahan peribadi yang mempengaruhi cara berfikir pemimpin di kedua
belah tambak Johor.
Pemerhati yang paling optimistik sekali pun tentunya menganggap perhubungan di antara Malaysia dan
Singapura sekarang ini tegang. Nampaknya jika diingat kembali, Singapura tidak faham akan makna
perpisahan yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin mereka, ataupun Singapura berharap
menyertai Malaysia semula dalam waktu yang agak singkat. Sama ada ini berbangkit kerana salah
tanggapan ataupun sebagai harapan, tidak ada kesangsian bahawa Singapura sebenarnya tidak
mengkaji syarat-syarat perpisahan itu dengan teliti. Pemimpin-pemimpin Singapura suka benar
berkata bahawa mereka tidak pernah berbuat sesuatu tanpa membuat perhitungan terlebih dahulu.
Dalam soal pemisahan ini, nampaknya mereka tidak membuat perhitungan ataupun membuatnya secara
tidak cermat. Misalnya, soal penempatan tentera di Singapura. Kemudian ada pula perjanjian meminta
bantuan Malaysia jika sekiranya berlaku kacau-bilau di Singapura. Sistem kewangan tidak akan
berubah dan ada berpuluh-puluh lagi perkara lain yang sangat penting tetapi Singapura sedikit pun
tidak pula berusaha menimbulkannya sebelum perpisahan dipersetujui.
Apabila Singapura cedar tentang implikasi dan betapa kekalnya perpisahan itu, maka pemimpinpemimpinnya
pun berubah dan menukar haluan ke arah berkonfrontasi dengan Malaysia. Perjanjianperjanjian
yang dipersetujui bersama telah ditolak oleh pihak Singapura tanpa sebarang rundingan,
dan penolakan ini dilakukan dengan cara yang hanya boleh dianggap sebagai kasar dan provokatif.
Memanglah benar bahawa kebanyakan syarat perjanjian yang telah dipersetujui oleh Singapura pada
waktu perpisahan itu dahulu menguntungkan Malaysia. Benarlah pula bahawa syarat-syarat tersebut
hampir tidak secocok dengan Singapura yang merdeka lagi berdaulat. Benarlah bahawa syarat-syarat
ini perlu dipinda pada suatu masa nanti. Akan tetapi cara Singapura mengubah syarat-syarat yang telah
dipersetujui adalah sedemikian rupa hingga menyukarkan hubungan balk di antara kedua-dua negara
bukan sahaja untuk masa kini tetapi juga untuk sekian lama di masa hadapan.
Seolah-olah memutar-balikkan persetujuan-persetujuan ini masih belum cukup, Singapura menggubalreka
lebih banyak tindakan yang provokatif. Dengan demikian semakin sukarlah bagi Malaysia untuk
memahami alasan-alasan kepada tindakantindakan Singapura itu. Salah satu keputusan yang tidak
difikirkan semasak-masaknya ialah langkah menghantar balik orangorang Malaysia yang bekerja di
Singapura. Apabila kita mengingatkan bahawa Singapura adalah negara yang sentiasa
memperhitungkan sesuatu dengan teliti, maka amat sukar hendak memahami keputusan begini.
Namun begitu, Singapura tidak menunjukkan keinginan untuk mengurang dan menghentikan tindakannya
itu. Suatu contoh umum ialah peristiwa Syarikat Penerbangan Malaysia-Singapura. Kita akui bahawa
menurut susunan sekarang kebanyakan daripada keuntungan yang diperolehi oleh sistem penerbang
dwi-negara ini disebabkan oleh lalulintas udara Singapura. Tetapi haruslah diingat bahawa untung
syarikat penerbangan itu bukan sahaja timbul daripada dividen yang dibayarnya, tetapi juga dari
aliran pertukaran asing dan juga pekerjaan yang diwujudkan. Tanpa sebarang keraguan sedikit pun
faedah-faedah ini lebih besar kepada Singapura daripada sahamnya dalam syarikat penerbangan itu
ataupun keuntungan yang dibawa oleh Singapura. Namun begitu Singapura enggan memberi peluang
pekerjaan walaupun kepada sejumlah kecil orang Malaysia. Permit-permit kerja untuk pekerjapekerja
baru ditahan dan syarat bagi orang-orang Malaysia yang sudah bekerja di Singapura telah
menjadi lebih sukar. Perkara yang berlaku kepada Syarikat Penerbangan Malaysia-Singapura boleh
juga berlaku kepada lain-lain perjanjian bersama antara Singapura dan Malaysia.
Bagaimanakah pula dengan masa depan? Apakah bentuk hubungan yang akan berkembang pada masa
depan? Semuanya bergantung kepada para pemimpin.
Pada masa ini Eropah lebih homogen daripada yang pernah kita fikirkan, semata-mata kerana
kebanyakan pemimpinnya memikirkan mengenai masa depan negara mereka, bukannya memikirkan
masa yang lampau. Dalam konteks ini, Asia adalah kira-kira tiga puluh tahun ketinggalan di belakang
Eropah. Kita sekarang sedang melalui satu fasa nasionalisme sempit yang menjadi ciri Eropah dalam
tahun-tahun antara Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Konsep kerjasama serantau masih
lagi di peringkat awal. Seperti Eropah dalam tahun-tahun tiga-puluhan, negara-negara Asia masih
sibuk mengatur rancangan untuk mencapai kedudukan yang lebih superior dari segi strategi daripada
jiran-jirannya. Ini seringkali dilakukan dengan pertolongan rakan-rakan di benua lain. Bezanya
hanyalah kita tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan tindakan-tindakan yang betul-betul agresif.
Kita gemar dengan tindakan-tindakan yang menggelikan hati seperti membuat undang-undang untuk
menggabungkan daerah-daerah jiran, walaupun kita tahu benar bahawa kita tidak mempunyai alat
untuk menguatkuasakan undang-undang itu.
Nasionalisme sempit yang merupakan suatu ciri di Asia sekarang juga telah mempengaruhi cara
berfikir pemimpinpemimpin Malaysia dan Singapura. Dengan itu satu-satunya hubungan yang mungkin
wujud di antara kedua-dua pihak ialah konfrontasi yang boleh memusnahkan. Menteri Luar Singapura
misalnya, berpendapat bahawa di sebalik nasionalisme yang wujud ini ialah nasionalisme yang lebih
hebat lagi. Menteri Luar ini tidak sedikitpun memikirkan tentang dunia yang bersatupadu yang dicitacitakan,
ataupun sekurang-kurangnya dunia yang hidup bersama, malahan berfikir tentang
persefahaman serantau pun tidak. Cara berfikir seperti ini oleh seorang Menteri Luar negara yang
menjadi anggota organisasi serantau boleh menyebabkan harapan untuk bekerjasama semakin tipis.
Nasionalisme sempit ini nampaknya suatu fasa yang sementara dan pemimpin-pemimpin baru dengan
pandangan yang lebih luas akhirnya akan menggantikan mereka. Bagaimanapun, harapan bagi
perubahan ini amat tipis untuk beberapa lama lagi.
Sebahagian besar daripada perdagangan Malaysia adalah melalui Singapura. Tambahan pula, tidak
terbilang banyaknya firma-firma yang beribu pejabat di Singapura, dan ini mengakibatkan penumpuan
wang dan perbelanjaan di Singapura. Sekurang-kurangnya sebuah syarikat minyak mempunyai kilang
penapisnya di Singapura sedangkan hasilnya dijual di Malaysia. Misalan yang paling klasik ialah
MSA. Semua perolehan asing daripada perusahaan dwi-negara ini mengalir ke Singapura. Bolehlah
dikatakan bahawa Malaysia bergantung kepada Singapura untuk kegiatan perdagangannya seperti juga
Indonesia nampaknya bergantung kepada Singapura. Bagi Malaysia soalnya bukanlah kerana
kekurangan keupayaan tetapi sematamata untuk kemudahan sementara. Apabila sahaja perkhidmatan
yang dijual oleh Singapura sudah terlalu mahal dan tidak secocok dengan kemerdekaan Malaysia,
maka Malaysia akan membangunkan kemudahan-kemudahannya sendiri.
Malaysia mungkin tidak akan menuntut agar sebahagian daripada warganegaranya hendaklah diberi
pekerjaan di Singapura, tetapi Malaysia sudah pastilah tidak dapat membiarkan penekanan terhadap
warganegaranya. Di camping itu, lebih ramai orang Singapura yang bekerja di Malaysia daripada
orang Malaysia yang bekerja di Singapura. Pendapatan orang Singapura di Malaysia lebih besar
daripada pendapatan orang Malaysia di Singapura, oleh kerana orang Malaysia di sana bekerja
sebagai buruh dan lain-lain pekerjaan yang bergaji randah. Singapura tentu sedar akan segala hal ini
kerana is dipimpim oleh pemimpin-pemimpin yang bijak — namun begitu, Singapura telah membuat
keputusan untuk bertindak dengan cara-cara yang tidak sepatutnya. Misalnya, peristiwa `Operasi
Pertukaran’ telah membuktikan sikap ini. Kita tentunya menyangka bahawa Singapura akan berhenti
mengganggu orang-orang Malaysia dan Kerajaan Malaysia tetapi sebagaimana yang ditunjukkan oleh
peristiwa MSA, Sin-gapura bermaksud menggunakan semua peluang yang ada padanya. Ada bidangbidang
lain lagi yang mana Singapura menunjukkan sikapnya yang tidak mahu bekerjasama, malahan
sangat provokatif.
Mengingatkan sikap Singapura ini, Malaysia telah membuat persediaannya yang akan menyebabkan
Singapura kehilangan kedudukan sebagai rakan perdagangan yang penting dan mungkin juga sebagai
pangkalan pertahanan yang strategik. Persediaan-persediaan ini banyak sekali menelan belanja dan
melibatkan berjuta-juta ringgit, mencari rakan-rakan perdagangan yang baru di seberang laut dan
membina bangunanbangunan dan peralatan-peralatan yang lebih kekal. Apabila siap, semua
persediaan dan alat ini perlu dijaga dan digunakan dengan sepenuhnya. Adalah agak mustahil bahawa
persahabatan dengan Singapura di masa-masa hadapan akan menyebabkan Malaysia tidak akan
menggunakan pelabuhan sendiri, sistem pertahanan sendiri dan hubungan perdagangan luar negeri
sendiri semata-mata untuk mengembalikan semula keadaan yang wujud sekarang.
Andainya Singapura penting bagi Malaysia dari segi perdagangan dan strategi, maka hubungan di
antara Singapura dan Malaysia patut bergantung sepenuhnya kepada politik keduadua negara tersebut.
Singapura adalah sebuah pulau dalam berbagai segi. Dalam gugusan kepulauan Melayu, Singapura
menonjol di tengah-tengah. Kemajuan dan kemakmuran Singapura terpaksa bergantung kepada
jirannya bahkan kepada kerugian yang akan dialami oleh jirannya. Unsur-unsur irihati dan cemburu
terhadap Singapura tentulah ada. Berdasarkan kepada pertalian kaum, cuma Malaysia sahaja yang
dapat diharapkan oleh Singapura untuk menjadi sahabat yang tulen. Satu-satunya sebab kenapa
hubungan di antara Singapura dan Malaysia tidak menjadi lebih tegang daripada sekarang ini ialah
kerana orang Cina di Malaysia ingin memelihara hubungan yang baik dengan Singapura.
Orang Cina di Malaysia memang faham betapa perlunya mereka bekerjasama dengan kaum-kaum lain
di Malaysia. Usaha-usaha Singapura untuk melemahkan pengaruh orangorang Cina ini dengan
membangkitkan perasaan chauvinis Cina, yang hanya boleh hidup subur di Singapura, akan
menyebabkan kemarahan di kalangan orang Cina di Malaysia. Jika orang-orang Cina di Malaysia
memutuskan bahawa persahabatan dengan Singapura mungkin akan merugikan Malaysia, yang tidak
bergantung kepada Singapura dari segi perniagaan, maka usaha mereka untuk mengekalkan hubungan
dengan Singapura tidak akan luput. Sebaliknya pula, jika Singapura menghentikan usaha menimbulkan
gambaran yang tidak baik tentang Malaysia, maka kemungkinan hubungan persahabatan masa depan
adalah agak baik. Sama ada hubungan persahabatan tanpa bergantung kepada perdagangan
menyenangkan Singapura atau tidak itu adalah soal lain pula. Nyatalah bahawa apa jua yang akan
terjadi terhadap perhubungan Malaysia dan Singapura amat bergantung kepada sikap dan tindakan
Singapura.

0 komentar: